Home Akhbar Cina Tiada PKPD di Pulapol buat sementara waktu

Tiada PKPD di Pulapol buat sementara waktu

Refleksi bandar raya Kuala Lumpur di waktu senja ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Pusat Latihan Polis Diraja Malaysia (PULAPOL) Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL, 03 MEI 2019.

KUALA LUMPUR – Sebanyak 78 kes COVID-19 telah dilaporkan di dalam Pusat Latihan Polis (Pulapol) di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

China Press melaporkan, Kementerian Kesihatan telah menghantar pegawai untuk melakukan penilaian risiko dan berbincang dengan Majlis Keselamatan Negara mengenai situasi di situ.

Pihak berkuasa membuat keputusan untuk tidak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) buat sementara waktu di Pulapol.

Terdapat kira-kira 3,000 anggota polis dan pelatih menghuni di kawasan Pulapol.

Daripada jumlah itu, 525 orang merupakan pelatih manakala bakinya anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah dan Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik serta ahli keluarga mereka.

Difahamkan daripada pesakit COVID-19 yang ada, tiga pelatih telah dihantar untuk menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh

Lebih 70 pelatih sedang berada dalam kuarantin di asrama, tetapi mereka dijangka dihantar ke Pusat Kuarantin di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS).

Staf dan ahli keluarga polis yang disahkan positif pula sedang menjalani kuarantin rumah.

Pihak Pulapol juga mengawal ketat pergerakan keluar masuk ke pusat itu. – MalaysiaGazette