KUALA LUMPUR – Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) di Menara Hasil Johor Bahru dan Cawangan Wangsa Maju telah selesai menjalani proses sanitasi dan kembali beroperasi.
Bagaimanapun waktu operasi adalah terhad sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Bagi cawangan di Johor Bahru, urusan Perkhidmatan Percukaian atau Kaunter Setempat, kaunter Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dan kaunter Duti Setem, operasi bermula 8 pagi hingga 1 tengah hari setiap hari Ahad hingga Khamis.
Bagi Cawangan di Wangsa Maju pula kaunter-kaunter berkenaan mulai beroperasi pada 2 Febuari 2021, Isnin hingga Jumaat bermula esok 2 Febuari pada 8 pagi hingga 1 tengah hari.
Menerusi kenyataan, LHDN menyarankan pelanggan-pelanggan yang hadir ke pejabat dan cawangan mematuhi Prosedur Operasi Standard (SOP) pencegahan penularan wabak Covid-19 yang ditetapkan oleh kerajaan sentiasa dipatuhi bagi memastikan penularan wabak tersebut dapat dibendung. – MalaysiaGazette