Home Sukan Chelsea, Liverpool intai Upamecano

Chelsea, Liverpool intai Upamecano

Upamecano

LONDON – Chelsea dan Liverpool dilaporkan berminat untuk khidmat pemain Red Bull Leipzig Dayot Upamecano.

Malah kedua-dua kelab gergasi Liga Perdana Inggeris itu dikatakan menjadi pesaing terkuat kepada Bayern Munich yang turut menyatakan hasrat ke atas pemain berusia 22 tahun itu.

Menurut Pengerusi Kelab Bundesliga, Karl-Heinz Rummenigge mereka kini di ambang untuk menamatkan kontrak bersama bintang terkemukanya, David Alaba.

Upamecano dilihat sebagai calon paling layak mengantikan Alaba di bek pertahanan juara bertahan Bundesliga Jerman itu.

Leipzig menetapkan klausa pelepasan bernilai 38 juta pound ke atas pemain tersebut.

Bayern yang pada mulanya berada di hadapan dalam mengikat khidmat pemain itu kini diancam the Kops dan Chelsea.

Selain Bayern dua kelab Inggeris itu turut bersaing untuk mendapatkan Upamecano.

“Setakat ini David Alaba boleh disahkan bakal meninggalkan pasukan dan kami tak pasti berapa ramai pemain yang akan meninggalkan Allianz Arena.

“Kami perlukan pengganti yang muda dan berkaliber, rundingan sedang diadakan dengan agen Upamecano (Volker Struth).

“Yuran penghijrahan sudah ditetapkan, cuma kami menunggu masa yang sesuai untuk memuktamadkan perjanjian,” kata Rummenigge.

Namun peluang lebih memihak kepada Bayern untuk ‘menyambar’ bintang muda berkaliber itu.- MalaysiaGazette