Home Sukan Bek kiri kini milik tetap Luke Shaw

Bek kiri kini milik tetap Luke Shaw

Luke Shaw.

LONDON – Nama Luke Shaw pasti menjadi pemain pertama yang akan pengurus, Ole Gunnar Solskjaer senaraikan dalam kesebelasan utama Manchester United pada perlawanan akan datang.

Shaw telah melengkapkan perpindahan ke United dengan nilai £30 juta dari Southampton pada 2014.

Dia kini sedang mempamerkan prestasi luar biasanya untuk mendapat tempat dalam senarai terakhir pemain pasukan antrabangsa England menjelang Piala Eropah  pada hujung musim ini.

Shaw telah direhatkan ketika United tewas kepada Sheffield United sekaligus memberi peluang kepada rakan sepasukannya Alex Telles untuk memulakan permainan tersebut.

Dan pada perlawanan awal pagi tadi, Shaw yang berusia 25 tahun telah mempamerkan satu persembahan yang terbaiknya pada musim ini dan Solskjaer akan mengekalkan posisi pertahanan kiri tersebut tanpa sebarang keraguan.

Southampton telah dibelasah United 9-0 selepas hanya bermain dengan 10 orang seawal minit kedya perlawanan.

Namun Shaw telah mencipta dua peluang gol kepada rakan sepasukan daripada empat gol pada separuh masa pertama.

Solskjaer kemudian telah mengeluarkan Shaw untuk memberikan waktu rehat yang cukup di samping dapat mengelak pemain itu daripada mengalami kecederaan dalam perlawanan tersebut.

Penjaga gol United, David de Gea berkata, Shaw kini merupakan pemain penting dan senjata rahsia bagi United dalam melakukan serangan.

Di sebalik perkembangan prestasi Shaw adalah disebabkan kehadiran Alex Tellas yang telah memberikan saingan untuk merebut kedudukan dalam kesebelasan utamam posisi kiri itu.

Kehadiran pemain Brazil itu telah membuatkan Shaw akan sentiasa memberikan yang terbaik sepanjang sesi latihan mahupun perlawanan sebenar.

Perkembangan baik ini memberikan berita baik buat pengurus pasukan England Gareth dan pastinya akan memberi ruang kepada Shaw untuk bermain dalam kesebelasan utama skuad kebangsaa sekaligus mengetepikan rakan sepasukannya, Ben Chilwell. – MalaysiaGazette