Home Dunia Covid-19: Palestin beri vaksin pertama kepada penduduk, dapat dari WHO bukan Israel

Covid-19: Palestin beri vaksin pertama kepada penduduk, dapat dari WHO bukan Israel

Negara Mexico tidak senang dengan cara vaksin Covid-19 diuruskan sambil mendakwa prosesnya mengutamakan negara kaya danl meninggalkan negara miskin.- Gambar hiasan,

BAITULMAQDIS – Pihak Berkuasa Palestin memberi vaksin koronavirus pertamanya selepas negara itu menerima beribu-ribu dos daripada Israel yang telah melakukan imunisasi terhadap sepertiga penduduknya.

Kementerian Kesihatan Palestin yang mengumumkan pelancaran kempen itu berkata, Menteri Kesihatan, Mai Al-Kaila menerima dos pertama di samping beberapa petugas barisan hadapan kesihatan.

Kenyataan tersebut tidak mengakui Israel menyediakan vaksin berkenaan, lapor agensi berita, AP.

Israel, yang melancarkan kempen vaksinasinya sendiri pada Disember lalu mula memindahkan 5,000 dos vaksin Moderna ke Palestin pada minggu lalu dan dos pertama diberikan kepada pekerja kesihatannya.

Paalestin berharap untuk memiliki beribu-ribu dos lagi dalam masa beberapa minguu akan datang menerusi program Pertubuhan Kesehatan Dunia (WHO).

Malah jika penghantaran vaksin itu menjadi kenyataan, ia mungkin mengambil masa selama beberapa bulan untuk mengurus vaksin yang mencukupi bagi mengawal penularan Covid-19 di Tebing Barat dan Gaza yang dicerobohi Israel yang mana kedua-dua kawasan itu mempunyai 4.5 juta warga Palestin.

Israel dilaporkan mengikut jadual untuk memberi vaksin kepada semua rakyatnya menjelang akhir tahun ini.

WHO melahirkan kekhuatiran mengenai ketidak samarataan penerimaan vaksin antara Israel dengan wilayah di Palestin.

Israel telah mendapat berjuta-juta dos menerusi perjanjian dengan pembuat vaksin, Moderna dan Pfizer dan telah memberi dos pertama kepada lebih 3 juta daripada 9 juta penduduknya.

Negara itu kekal melaksanakan kawalan pergerakan namun virus tersebut terus merebak pada kadar yang tinggi.

Palestin tidak memohon vaksin kepada Israel secara rasmi dan berkata, ia mendapatkan bekalannya sendiri menerusi WHO dan kontrak dengan syarikat farmaseutikal.

Pihak Berkuasa Palestin mengakui menerima 2,000 dos semalam – kumpulan pertama vaksin dihantar Israel – tetapi tidak dinyatakan daripada mana ia diperolehi.

Di bawah perjanjian Oslo yang ditandatangani pada 1990 an, Pihak berkuasa Palestin bertanggungjawab menyediakan penjagaan kesihatan di wilayah yang ditadbirnya.

Bagaimanapun perjanjian damai interim menyatakan kedua-dua belah pihak perlu bekerjasama membenteras epidemik.

Semalam, WHO berkata, Pihak Berkuasa Palestin akan menerima 37,440 dos vaksin Pfizer-BioNTech bermula pertengahan Februari ‘tertakluk kepada kelulusan perjanjian pembekalan penggilang’.

Ia berkata, Pihak Berkuasa Palestin akan menerima tambahan 240,000 hingga 405,600 dos vaksin AstraZeneca pada pertengahan hingga akhir bulan ini tertakluk kepada kelulusan penggunaan kecemasan WHO.

Pihak Berkuasa Palestin berkata, pihaknya juga akan membeli beribu-ribu dos vaksin Sputnik V buatan Rusia yang mana kajian mendapati ia selamat dan berkesan digunakan.

Vaksin Pfizer-BioNTech dan AstraZeneca disediakan menerusi COVAX, program WHO yang direka untuk membantu negara miskin memiliki vaksin.

Malah jika Palestin menerima penghantar tersebut, negara itu hanya mampu memberi vaksin kepada 5% penduduknya di Tebing Barat dan Gaza. – MalaysiaGazette