Home Nasional Fikir soal vaksin bukan cerita turun naik kes Covid-19 lagi

Fikir soal vaksin bukan cerita turun naik kes Covid-19 lagi

Ahmad Zahid Hamidi close contact Covid-19 case Janda Baik, Judge Collin Lawrence Sequerah money laundering corruption criminal breach of trust CBT Yayasan Akalbudi foundation
Ahmad Zahid Hamidi

KUALA LUMPUR – Kerajaan Perikatan Nasional (PN) harus mencari kaedah lain untuk menangani penularan Covid-19 di negara ini.

Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, negara luar telah mula berubah kepada proses vaksinasi rakyatnya yang mana bagi memastikan jumlah kes positif Covid-19 dapat dikurangkan.

“Sekarang negara luar tidak ada bincang angka positif Covid-19 menurun tapi berapa banyak vaksin yang diberikan kepada rakyat, setiap kali dilaporkan negara itu telah banyak melakukan vaksin.

“Berapa peratus telah divaksinasikan tidak lagi bercerita tentang kes meninggi lagi,” katanya selepas siaran langsung di Facebook NR Channel TV malam ini.

Ahmad Zahid berkata, perkara itu pernah disuarakan beliau ketika mesyuarat Majlis Presiden Perikatan Nasional (PN).

Pada 24 Januari lalu, PN mengadakan mesyuarat dan berpuas hati dengan penjelasan dan perbincangan mendalam mengenai Ordinan Darurat, pengurusan darurat serta pengurusan pandemik COVID-19 di negara ini.

Mesyuarat itu dipengerusikan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau berkata, untuk negara ini bebas Covid-19, maka proses vaksinasi perlu disegerakan.

Malah katanya, pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPB) tidak lagi mampu untuk menurukan jumlah kes positif Covid-19.

“Rakyat masih bertanya dengan adanya PKP, PKPB dan Proklamasi Darurat, kita kurang berjaya atasi pandemik Covid-19 tapi kita menggunakan alasan pandemik ini di luar kebiasaan,” katanya lagi. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Sekiranya nak vaksin China maka tunggu dan lihat statistics guinea pigs yang kebal Covid-19 tak payah pakai pelitup muka dan tanpa penjarakan fizikal termasuk yang lebih cepat sembuh dong.

Comments are closed.