PERTH – Kejadian kebakaran hutan yang berlaku semalam telah menyebabkan ratusan warga Australia terpaksa bermalam di pusat pemindahan.
Pesuruhjaya Perkhidmatan Bomba Negeri Australia Barat, Darren Klemm menyatakan, jumlah rumah yang terbakar semakin meningkat dari 59 menjadi 71 buah.
“Semua penduduk diharapkan agar tetap berwaspada kerana tiupan angin yang tidak menentu dapat merebakkan kebakaran.
“Keadaan ini akan berterusan sekurang-kurangnya selama tiga atau lima hari ke depan.
“Setakat ini tiada korban jiwa dilaporkan dalam kebakaran tersebut,” katanya.
Bagaimanapun, pihak berkuasa mengatakan keadaan panas dan kering yang mencetuskan kebakaran di pinggir timur laut Perth telah reda sedikit berbanding semalam.
“Namun, akan berlaku pertukaran cuaca di mana kemungkinan hujan dan suhu menurun sehingga 28 darjah selcius dalam beberapa hari yang mampu membantu mengurangkan kebakaran,” ujarnya. – MalaysiaGazette