Home Seni Hidup Nabil menangis kerana Ebit Lew

Nabil menangis kerana Ebit Lew

Nabil Ahmad.

KUALA LUMPUR – Program MeleTOP semalam yang menjemput Ustaz Ebit Lew sebagai tetamu secara atas talian untuk berkongsi cerita mengenai misi bantuan kemanusiaan yang dijalankan oleh pendakwah itu telah memberi impak kepada pengacara program itu, Nabil Ahmad.

Ebit pada mula bercerita tentang sedekah serta permulaan beliau melakukan kerja-kerja amal dan dakwah.

Lebih mencuit emosi adalah jawapan Ebit apabila Nabil bertanya apa yang membuatkan pendakwah itu terus konsisten untuk membantu orang ramai.

“Saya ingat daripada saya usia 12 tahun, selalu cikgu saya ajar, doa ‘Ya Allah jadikan saya matahari kebaikan untuk manusia dalam dunia,” katanya.