KUALA LUMPUR – Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menafikan dakwaan dirinya mahu meletakkan jawatan.
“Ini adalah salah satu berita palsu yang mengelirukan orang ramai,” ciapnya di Twitter hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas penularan kononnya beliau sudah menghantar surat peletakan jawatan di media sosial dan WhatsApp.
Sebelum itu, ramai netizen di media sosial mengandaikan Noor Hisham kecewa dengan sikap pimpinan kerajaan berkaitan isu penularan pandemik Covid-19.- MalaysiaGazette
Buat apa letak jawatan, ini Amanah. Neagara Maju pun tidak mampu nak menghapuskan wabak Covid ini kan pula negara membangun. Yang penting kita kawal wabak ini.