Home Utama Bayi empat bulan korban terbaharu Covid-19

Bayi empat bulan korban terbaharu Covid-19

Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan seorang bayi menjadi korban terbaharu yang meninggal dunia ekoran positif Covid-19.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, bayi berusia empat bulan itu meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Kes 167032 ini merupakan seorang bayi lelaki berusia empat bulan yang meninggal dunia di Hospital Tawau ekoran sakit jantung,” demikian menurut kenyataan Noor Hisham.

Bayi itu merupakan antara 17 kes kematian yang direkodkan hari ini.

Dalam senarai itu, korban tertua adalah seorang lelaki berusai 82 tahun yang meninggal dunia di Hospital Melaka ekoran penyakit darah tinggi, strok, dan jantung.

Bayi tersebut merupakan korban termuda akibat virus tersebut selepas bayi berusia setahun meninggal dunia tahun lepas.

Selangor mencatatkan jumlah kematian tertinggi dengan empat kes, diikuti masing-masing tiga kes di Sabah dan Sarawak, dua kes di Johor dan Pahang, dan satu kes di Kelantan, Melaka, dan Negeri Sembilan.

Sebanyak 15 kes kematian melibatkan warganegara dan dua kes bukan warganegara. – MalaysiaGazette