MGNews : Tipu Boleh Ubah Akta SPRM Akhirnya Bawa Padah

Dua orang ahli perniagaan yang cuba menipu kononnya mampu mengubah seksyen kesalahan kes Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ( SPRM) akhirnya memakan diri apabila terpaksa berdepan dengan hukuman penjara serta denda RM50,000 masing-masing.

Ini kerana kedua-dua tertuduh bertindak memperdaya seorang pengarah syarikat, Norazman Mohd Nor kononnya mampu membantu menukar seksyen kesalahan kes siasatan SPRM ke atasnya daripada Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 kepada Seksyen 25 (1) Akta sama.