KUALA LUMPUR Pendedahan yang dikeluarkan oleh bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas, melalui bukunya yang bertajuk “My Story: Justice in the Wilderness” jelas melangkaui prinsip menjaga sumpah rahsia dan sumpah setia jawatan.
Tuduhan yang menyatakan para peguam kerajaan tidak layak dan tidak kompetan untuk menjalankan tugas mereka adalah satu lagi perbuatan menghina dan berniat jahat untuk memburukkan institusi Jabatan Peguam Negara itu sendiri.
Ketua Dewan Pemuda Ikatan Malaysia (DPIM), Shahir Adnan mempersoalkan adakah ini persepsi ciptaan Tommy kerana kegagalannya untuk menerajui Jabatan Peguam Negara dan memahami pentadbiran perkhidmatan awam.
Menurutnya, Tommy seharusnya bertanggungjawab untuk memberikan pandangan yang membina agar negara dapat bergerak ke hadapan.
Berkenaan pendedahan beliau sewaktu kerajaan Pakatan Harapan tumbang, Shahir berkata, bekas Peguam Negara itu tidak mencampuri urusan politik dan memberikan pendedahan karut, yang akhirnya disangkal oleh Perdana Menteri yang melantiknya sendiri.
”Seharusnya tidak ada campur-aduk kuasa perundangan dan eksekutif. Malangnya, pimpinan Pakatan Harapan juga gagal dalam usaha transformasi sistem perundangan negara kerana tidak melaksanakan janji-janji pembaharuan yang digariskan di dalam Manifesto Pakatan Harapan ketika itu.
”Lantikan jawatan-jawatan penting di dalam negara seharusnya melalui Dewan Rakyat dan bukannya Pejabat Perdana Menteri. Tommy Thomas adalah lantikan politik Pakatan Harapan yang dilihat senada dengan DAP,” katanya dalam kenyataan di sini.
Sambil meminta semua pihak fokus melawan wabak Covid-19, Shahir berkata, masa terluang yang ada seharusnya dimanfaatkan untuk membina negara, bukan menjatuhkan maruah negara dan institusi legislatif itu sendiri.
‘Mungkin Tommy hilang arah setelah hanya sempat berkhidmat 20 bulan sebagai Peguam Negara,” ujar beliau. – MalaysiaGazette
Makin terlihat buruk dah hodoh nya daPIG… haramkan saja buku tahyul tu, haramkn sekali pihak2 yg terlibat .. penerbit, pencetak, pengedar dan penjualnya.. yg menulis tu haruslah di haram jadah kan selama-lamanya.