MGNews : Geram! Pengumuman SOP Tahun Baru Cina ‘Ikut Suka’ Kerajaan

Pengumuman kerajaan isu pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) ketat sambutan Tahun Baru Cina tidak begitu diterima oleh kaum itu sendiri walaupun ketika pandemik Covid-19 memuncak.

Sebaliknya kata mereka, adalah lebih baik serta ‘logik’ seandainya kerajaan bertindak melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) seperti pada awal-awal daripada terlalu banyak garis panduan baharu serta kelonggaran atau perketatkan SOP itu ikut ‘suka’.

Malah tinjauan MalaysiaGazette sekitar ibu kota sebentar mendapati rata-rata meluahkan perasaan kecewa tidak terhingga bukan kerana SOP Tahun Baru Cina sebaliknya cara kerajaan tangani garis panduan ‘tidak menentu’ ketika itu.