STOKHOLM – Gara-gara tersilap makan ubat milik isterinya, penjaga gol kelab bola sepak Ajax digantung 12 bulan.
Andre Onana dikenakan hukuman setahun oleh Kesatuan Bola Sepak Eropah (UEFA) semalam.
Kesilapan Onana termakan ubat yang disimpan isterinya tanpa mengakibatkan dia diuji positif mengembil dadah terlarang dalam ujian doping.
Kandungan dadah furosemide dalam air kencing dikesan pada emain berusia 24 tahun itu.
Menurut kenyataan Ajax yang mengesahkan penggantungan itu, pihaknya akan merayu kepada Mahkamah Timbangtara Sukan (CAS).
Pada Oktober lalu, Onana jatuh sakit sebelum memakan ubat untuk mengurangkan demam.
Beliau tidak menyedari telah tersalah memakan ubat Lasimac iaitu sejenis dadah yang telah disimpan isterinya untuk kesihatan.
Kekeliruan Onana mengakibatkan hukuman dikenakan oleh UEFA.
Jawatankuasa disiplin persatuan bola sepak itu menegaskan Onana tidak berniat untuk menipu sesiapa.
Bagaimanapun UEFA percaya berdasarkan peraturan anti doping yang sedia ada, seorang atlet perlu memastikan mereka tidak mengambil ubat terlarang.
Pengarah Ajax, Edwin can der Sar berkata, kelabnya sentiasa bertindak tegas dalam memastikan pemain tidak terperangkap dengan dadah terlarang.
“Insiden ini mengejutkan kami termasuk Onana sendiri dan juga kelab.
“Kami menjangka dia hanya dihukum jangka masa pendek bukannya selama setahun seperti dikenakan UEFA kerana dia tidak berniat untuk menambah kecergasan menerusi kaedah haram.
“Kami akan merayu kepada CAS secepat mungkin untuk menjelaskan keadaan di samping mempertahankan penjaga gol kami yang tidak bersalah dalam hal ini,” katanya.
Onana dalam kenyataan berkata, segalanya terjadi atas kekeliruan pengambilan ubat.
“Saya terpanggil untuk menjelaskan bahawa tiada manusia yang sempurna di dunia ini dan masing-masing akan melakukan kesilapan tanpa sengaja.
“Saya termakan ubat yang mengandungi dadah yang dilarang oleh Persatuan Anti Doping Sedunia (WADA), ubat itu telah dibeli oleh isteri saya yang mana bungkusannya hampir sama seperti ubat biasa dan saya sangat kesal dengan akibatnya.
“Saya hormati badan UEFA dan semua pihak termasuk penyokong mengenali kehidupan saya yang sentiasa menentang doping.
“Saya akan merayu di CAS untuk membuktikan saya tidak bersalah dan juga membersihkan nama saya,” katanya.-MalaysiaGazette