Home Politik MCA tak minta rentas negeri cuma mahu kerajaan laksana SOP seragam

MCA tak minta rentas negeri cuma mahu kerajaan laksana SOP seragam

MCA
PRN Johor membawa cabaran bagi MCA untuk memastikan kemenangan kerusi yang ditandingi kelak.

KUALA LUMPUR – Dasar yang tidak masuk akal tidak akan membantu memerangi Covid-19 dan kerajaan perlu tegas dalam mencegah penularan pandemik maut itu dalam negara.

Komuniti Cina di negara ini tidak meminta kerajaan membenarkan rentas daerah dan negeri semasa sambutan Tahun Baru Cina kali ini.

Jurucakap MCA, Mike Chong Yew Chuan berkata, pihaknya memahami sepenuhnya Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan untuk mencegah Covid-19 daripada menular luas.

Katanya, dalam konteks berkenaan, kerajaan perlu memformulasikan prosedur operasi standard (SOP) yang sama rata bukan dengan pelbagai standard dalam pelaksanaannya yang mengelirukan serta mencetuskan cemuhan rakyat.

“Dalam SOP sambutan Tahun Baru Cina yang diumumkan kerajaan baru-baru ini, tiga perkara penting perlu dijelaskan dengan teliti.

“Yang pertama, berhubung rentas negeri untuk ahli keluarga yang menetap di daerah sama dalam lingkungan radius 10 kilometer, kenapa mereka dilarang berkumpul untuk budaya makan malam sekeluarga sehari sebelum sambutan atau bertemu di kediaman masing-masing pada sambutan waaupun mereka tidak melanggar protokol merentas sempadan daerah atau negeri?” soalnya dalam kenyataan kepada MalaysiaGazette malam tadi.

Perkara kedua dituntut ialah penjelasan kerana sejak sektor perniagaan dibuka dengan SOP ketat sebagai mengimbangi kesihatan dan ekonomi termasuk pasar malam, cuci kereta dan kedai gunting rambut yang akan melibatkan kehadiran jumlah pengunjung yang besar dan ramai, kenapa ahli keluarga sama yang tinggil dalam radius 10 kilometer daerah sama juga tidak dilarang menjamu makan malam bersama pada hari pertama sambutan.

Mike Chong juga menjelaskan setiap agama mempunyai ritual dan adat sembahyang yang khusus dan tersendiri khasnya dalam sambutan atau festival keagamaan utama.

Dalam hal berkenaan katanya, atu SOP yang seragam perlu dilaksanakan dalam semua agama.

“Memandangkan agama lain dibenarkan membuka rumah ibadat mereka kepada jumlah dua atau lebih 500 orang pada satu masa (bergantung SOP di setiap negeri) apakah kewajaran hanya lima ahli jawatankuasa sahaja dibenarkan untuk tokong pada sambutan Tahun Baru Cina.

“Kerajaan perlu sedar komuniti Cina di negara ini komited dan kerjasama dengan kerajaan melaksanakan satu SOP ketat untuk melandaikan rantaian Covid-19.

“Namun pendrafan dan pelaksanaan SOP itu perlukan konsisten, seragam dan dilayan secara sama tanpa dwistandard.

“Membezakan pelaksanaan SOP berasaskan individu, etnik atau agama perlu dihindari,” ujarnya.

Beliau turut menyentuh perkara penting adalah menjelang sambutan Tahun Baru Cina yang makin dekat, kerajaan masih mempunyai masa untuk menyemak dan mengubah suai SOP yang telah diumumkan sebelum ini.

Menurutnya ia akan membuktikan kerajaan Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin benar-benar mendengar dan membela pendapat rakyat dan mengutamakan suara rakyat.-MalaysiaGazette

1 Komen

  1. jgn nak macam-macam. kami muslim raya puasa thn lepas pun tak dapat berkumpul apa lagi solat tarawikh & pagi raya tk meroyan pun…ni nama nya new normal. karang ada kluster raya cina pulak…

Comments are closed.