Home Politik Sampai hati Elya – Zahid

Sampai hati Elya – Zahid

Avatar KWSP, Elya.

KUALA LUMPUR – Presiden UMNO dalam nada sinis ‘mengecam’ tindakan avatar Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bernama Elya yang didakwanya mengecewakan ramai pemohon i-Sinar kategori 2.

Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam Facebooknya berkata, pencarum KWSP kecewa dengan tindakan u-turn yang dibuat oleh KWSP.

“Semalam, Elya menggembirakan pemohon i-Sinar bagi kategori 2. Namun, kegembiraan itu hanya bertahan beberapa jam.

“Kenapa Elya melukakan hati pencarum. Mengapa Elya sanggup melakukan u-turn? Sampai hati Elya. Ramai yang menaruh harap pada Elya,” tulisnya.

Ia ekoran KWSP hari ini memaklumkan pihaknya menghadapi masalah teknikal bagi paparan status permohonan kemudahan i-Sinar.

Kenyataan tersebut menyusul beberapa jam selepas kebanyakan permohonan i-Sinar kategori 2 dilaporkan telah lulus selepas membuat semakan bermula semalam.

Ahmad Zahid Hamidi
Ahmad Zahid Hamidi

Ahli Parlimen Bagan Datuk itu berkata, alasan yang dikeluarkan KWPS tidak munasabah.

Jelasnya, ramai pemohon i-Sinar kategori dua telah berlapang dada dengan kelulusan itu semalam namun hampa kerana ia adalah palsu semata-mata.

“Alasan yang diberikan Elya adalah masalah teknikal bagi paparan status permohonan kemudahan i-Sinar. Ia tidak patut berlaku tatkala ramai menaruh harapan. Elya tahu ramai pencarum berdepan kesukaran hiudp akibat pandemik Covid-19 dan PKP 2.0.

“Elya jangan melakukan itu lagi pada masa hadapan. Jangan mudah permainkan hati dan perasaan. Elya jangan suka main silap mata.

“Hari ini semak lulus, esok semak gagal. Dokumen dah serah. Apa lagi Elya mahu?” soal Ahmad Zahid.

KWSP sebelum itu memaklumkan bagi pemohonan Kategori 2 dikhaskan untuk ahli yang masih bekerja tetapi mengalami pengurangan pendapatan keseluruhan sebanyak 30 peratus dan ke atas termasuk pengurangan gaji dan elaun, atau pemotongan tuntutan kerja lebih masa selepas 1 Mac 2020.

Pengurangan berkenaan hanya boleh dikenal pasti melalui dokumen yang diberikan. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. Jangan di harap beras d hilir jika padi d hilir tidak menjadi,.Apa nak harap pada ABAHLEMBU/MEN,KEW/KWSP sedangkan kita mereka ini makhluk2 Laknatullah dunia akhirat..

Comments are closed.