QATAR – Dua gol penting Robert Lewandowski membantu Bayern Munich melangkah ke perlawanan akhir Piala Dunia Kelab FIFA.
Kelab gergasi Bundesliga Jerman itu menjinakkan kelab Qatar Al Ahly 2-0 dalam aksi pada Isnin.
Bayern mendominasi perlawanan di separuh masa pertama sebelum Lewandowski meledakkan gol pertama pada minit ke-17.
Bagaimanapun di separuh masa kedua kelab Mesir itu memberi saingan kuat kepada juara bertahan Eropah itu.
Namun, dengan taktik perlawanan yang teratur dan terancang, Bayern berjaya menemui ruang utuk menambah jaringan apabila Lewandowski muncul wira menjaringkan gol kedua dan juga terpenting pada minit ke-85 menerusi tandukan kencang.
Ia merupakan gol ke-29 untuk Lewandowski menerusi 27 penampilan untuk kelab musim ini.
Dalam perlawanan akhir nanti, Bayern akan menentang kelab Mexico Tigres yang dijadualkan berlangsung pada Khamis 11 Februari ini.-MalaysiaGazette