Home Sukan Kelantan FC pilih pemain Madura United?

Kelantan FC pilih pemain Madura United?

Risna Prahalabenta (kiri).

KUALA LUMPUR – Pemilik pasukan Kelantan FC, Norizam Tukiman yang lebih dikenali sebagai Zamsaham mendedahkan kelab itu sudah pun melengkapkan kuota import mereka bagi aksi musim 2021.

Menerusi laman sosial Facebook miliknya, beliau memuatnaik gambar menunjukkan seorang pemain dari Indonesia yang kelihatan sedang menandatangani dokumen yang berkemungkinan perjanjian untuk bersama pasukan Kelantan FC.

Selain itu, ZamSaham turut memberitahu tiga lagi pemain import Kelantan FC musim 2021 adalah dari tiga negara Eropah iaitu Greece, England dan Sepanyol.

Setakat ini masih tiada bayangan mengenai siapakah pemain dari Indonesia itu namun beberapa individu dari negara itu memberikan tekaan bahawa berkemungkinan pemain pertahanan dari Madura United iaitu Risna Prahalabenta yang beraksi di posisi pertahanan pemain dalam gambar tersebut.

Risna yang memiliki ketinggian 1.79 meter berusia 23 tahun danĀ  berasal dari Kediri serta merupakan pemain kelab Persik Kediri sebelum berhijrah ke Madura United pada musim 2020. – MalaysiaGazette