Bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) 1Malaysia Development Bhd. (1MDB), Mohd Hazem Abd Rahman mendakwa ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho atau Jho Low mempunyai kuasa tertinggi dalam syarikat tersebut.
Malah, katanya, Jho Low mempunyai kuasa untuk menentukan siapa CEO syarikat tersebut.
Ketika disoal peguam bela, Wan Aizuddin Wan Mohammed mengapa beliau terus kekal dalam syarikat walaupun tidak bersetuju dengan apa yang berlaku terutamanya dalam perkara membabitkan pelaburan dan kedudukan kewangan syarikat, Mohd Hazem memberitahu, beliau berkhidmat pada 2013 hingga 2015 dan ada masanya berasa kecewa dengan cara 1MDB ditadbir.
MalaysiaGazette.com – Online News / Portal – Follow US Now! Or visit www.malaysiagazette.com for the latest news on politics, economy, fashion, travel, lifestyle and more www.malaysiagazette.com #malaysiagazette #mgtv