
GEORGE TOWN – Seorang paderi warga Korea yang bisu dan pekak yang pernah dihadapkan ke mahkamah sebelum ini atas tuduhan mencabul, hari ini mengaku tidak bersalah atas tuduhan mencabul seorang lelaki kurang upaya (OKU) 20 tahun lalu.
Jee Jon Hoon, 55, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan melalui jurubahasa Korea dan jurubahasa isyarat antarabangsa di hadapan Majistret Rosnee Mohd Ridzuan.
Tertuduh didakwa melakukan perbuatan itu termasuk memeluk dan mencium mangsa yang berumur 30 tahun ketika kejadian, di sebuah rumah di Gelugor, pada tahun 2000.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Azlin Zeti Zainal Abidin manakala tertuduh diwakili peguam Sobini Kobu.
Mahkamah menetapkan 15 Mac depan untuk serahan dokumen.
— BERNAMA