Home Politik Bertanya pun kena saman? – Puad

Bertanya pun kena saman? – Puad

Muhyiddin Yassin letter of demand three-day quarantine minister double standard UMNO Supreme Council Member Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi defy UMNO decision
Mohd Puad Zarkashi

KUALA LUMPUR – Walaupun berhadapan dengan tindakan undang-undang jika gagal memohon maaf secara terbuka terhadap Perdana Menteri, Datuk Dr Mohd Puad Zakarshi masih mempersoalkan kewajaran kerajaan melaksanakan darurat serta pelbagai peraturan yang ditetapkan.

Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu menerusi hantaran di Facebook mempersoalkan tentang perintah yang dibuat menggunakan Warta Persekutuan.

Misalnya, seperti menteri yang balik dari luar negara akan dikurantin tiga hari bukan lagi 10 hari.

”Apakah itu tujuan darurat? Untuk memenuhi keperluan dan keselesaan Menteri?

“Jangan gunakan darurat untuk menghalang rakyat bertanya dan minta penjelasan. Bertanya pun kena saman?,” soalnya.

Semalam, Pejabat Perdana Menteri (PMO) meminta Mohd Puad meminta maaf ekoran membuat kenyataan ke atas Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Sebelum itu, Mohd Puad dalam hantaran di Facebook berkata: ”Tiba tiba sahaja Menteri Kesihatan keluar surat. Semua Menteri balik bertugas dari luar negara tidak perlu kuarantin 10 hari. Mereka terkecuali dari Seksyen 15 Akta 342.

”Benarkah berlaku kekecohan di Airport Subang. Pegawai KKM sudah menunggu untuk urusan kuarantin bila rombongan PM sampai dari Jakarta. Katanya mereka tidak mahu kuarantin 10 hari? Rakyat perlu penjelasan.

”Itu sebab Menteri keluar surat arahan baru melalui Warta Persekutuan. Kuarantin cuma 3 hari. Arahan KP Kesihatan di bawah Akta 342 kena “overrule”?,” tanya beliau. – MalaysiaGazette

3 Komen

  1. mcm2 komen pada PM. Orang da x ada kuasa lgi, dok kat rumah aje rasa boring. da mula kemaruk gila kuasa.

  2. nak apa semua dapat,
    yg xboleh pun jadi boleh,
    dalulat kan..
    handal betul melingkop negara,
    yg marhaen nie serba serbi xboleh,
    itu xboleh,ini xboleh,
    salah sikit pun xboleh,
    pas tu kalau kes melambong,marhaen yg dipersalahkan,
    hebat sungguh hebat

Comments are closed.