Home Dunia Gempa dasar laut kuat melanda New Zealand

Gempa dasar laut kuat melanda New Zealand

Gempa dasar laut yang kuat telah melanda utara New Zealand dan dikhuatiri berlaku tsunami di wilayah tersebut.- Gambar hiasan.

WANGSHINTON- Gempa dasar laut yang kuat telah melanda utara New Zealand dan dikhuatiri berlaku tsunami di wilayah tersebut.

Agensi Geologi Amerika Syarikat melaporkan gempa berkekuatan 7.7 itu melanda petang Rabu dan berpusat di kedalaman enam batu di tenggara Kepulauan Loyalty.

Bagaimanapun ia tidak dijangka menyebabkan kerosakan atau impak di kawasan darat, menuru kenyataan agensi.

Pusat Amaran Tsunami AS mengeluarkan amaran tsunami untuk New Zealand, Fiji, Vanuatu dan pulau-pulau Pasifik yang lain.

Wilayah berkenaan terdedah terhadap gempa bumi kerana berada di sepanjang lingkaran api Pasifik, rangkaian garis seismik berbentuk tapak kuda di sekitar lautan.- MalaysiaGazette