KUALA LUMPUR – Pelawak dan penyampai radio, Shuk Sahar membuat kejutan apabila berada di dalam kereta dan lengkap berbaju pengantin serta meminta izin kepada isterinya untuk berkahwin.
Menerusi live di Instgramnya itu, suasana tiba-tiba menjadi panik kerana isterinya seakan terkejut dengan permintaan pelawak tersebut.
Bagaimanapun, Shuk tampil berbaju pengantin itu adalah untuk pulang ke rumah dan bertemu isterinya.
Difahamkan, mereka melakukan gimik untuk untuk produk yang ingin dipromosikan kepada para peminat yang menonton live IG mereka.
Susulan itu timbul dakwaan daripada netizen menuduh Shuk dan isteri sengaja mencipta kontroversi rumah tangga untuk melancarkan produk.
Beberapa minggu lalu hangat diperkatakan kontroversi mengenai Shuk apabila isteri, Rossalennah Natassyiah Asshaferah mendedahkan kecurangannya di media sosial.
Kepada media, Shuk mejelaskan perkara itu sudah dirancang bersama teman-teman selepas mengetahui isterinya akan melakukan pelancaran produk secara atas talian. – MalaysiaGazette