Home Nasional RUU perlu digubal bendung netizen cerca institusi raja, PM – Razali

RUU perlu digubal bendung netizen cerca institusi raja, PM – Razali

Senator Datuk Razali Idris.

KUALA LUMPUR – Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara mencadangkan satu rang undang-undang baharu (RUU)  berkait cercaan, hasutan dan carutan perlu diperkenalkan secara khusus dalam media sosial.

Ataupun pindaan undang-undang sedia ada dalam Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia (AKM) 1998, kata pengerusinya, Senator Datuk Razali Idris.

Dalam hal yang sama, katanya, Parlimen juga boleh menggubal undang-undang menurut Perkara 10(2)(a) untuk menyekat kebebasan bersuara sekiranya ia berkenaan beberapa perkara antaranya, berkaitan keselamatan dalam negeri, prinsip moral, ketenteraman awam dan hubungan antarabangsa.

Ia perlu bagi membendung tindakan segelintir netizen yang menunjukkan sikap tidak patriotik terutama dalam platform media sosial baharu terhadap institusi beraja, institusi Perdana Menteri dan negara .

Ia disifatkan boleh terarah menjejaskan kesejahteraan rakyat, kata pengerusinya, kata Razali.

“Terbaharu, cercaan, hasutan dan carutan warga netizen dalam platform media sosial baharu terhadap Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin sewaktu lawatannya ke Republik Indonesia adalah sesuatu yang tidak boleh diterima serta tidak melambangkan sifat sopan santun dan tatasusila yang baik,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Justeru, menruut Razali, Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara menekankan rakyat Malaysia bebas mengeluarkan pendapat dan pandangan, namun ada batasannya serta tidak melanggar undang-undang yang digubal di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan.

“Kebebasan bersuara adalah termaktub seperti yang dinyatakan dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi rakyat Malaysia termasuk warga netizen hendaklah menunjukkan tingkah laku terpuji iaitu kesopanan dan kesusilaan serta tolenrasi untuk dijadikan sebagai pegangan kukuh bagi menghormati institusi Beraja, institusi Perdana Menteri dan negara Malaysia,” katanya lagi.

Kaukus Jawatankuasa Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara juga menzahirkan kebimbangan fenomena cercaan, hasutan dan carutan dalam platform media sosial baharu dilihat sudah menjadi penyakit mental nombor satu di negara ini yang memerlukan satu tindakan undang-undang yang lebih tegas dan efektif.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Parlimen sepatutnya digantung sebab sejak sekian lama gagal menjamin majority ekonomi termasuk tanah rizab untuk majority pribumi Melayu sepertimana termaktub dalam Kontrak Sosial dan hak perlembagaan keistimewaan Melayu. Justeru, negara-negara kecil lebih makmur lagi majmuk wallaupun ratifikasi ICERD seperti Qatar, UAE, Kuwait, dan baru-baru ini Dominican Republic enggan ikhtiraf warga asing tinggal lama sehingga cucu-cicit sebagai warga tempatan.

Comments are closed.