Home Pendapat ‘Travel bubble’: Suatu idea berani

‘Travel bubble’: Suatu idea berani

Seorang pekerja menyusun troli-troli bagasi yang tidak digunakan penumpang berikutan penularan wabak Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Sepang, Selangor. foto HAZROL ZAINAL, 27 APRIL 2020.
PADA 11 Mac 2020 selepas mengangkat sumpah sebagai menteri kabinet, Datuk Seri
Dr Adham Baba telah melakukan tindakan berani mencadangkan agar Kerajaan
Malaysia menutup pintu masuk kita untuk beberapa buah negara luar.
Justeru hasil pandangan pakar dan kesepakatan pihak berwajib, maka warga dari
empat negara telah dilarang untuk masuk ke Malaysia, iaitu dari China, Iran, Itali
dan Korea Selatan.
Keberanian Menteri Kesihatan ini turut terserlah melalui cadangan keduanya iaitu
melaksanakan suatu bentuk ‘lockdown’ di seluruh negara pada waktu itu. Maka,
akhirnya kerajaan bersetuju untuk melakukan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP)
bermula 18 Mac 2020.
Kali ini, Dr Adham telah bertindak berani sekali lagi dengan bertanggungjawab
menandatangani Seksyen 29, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit
1988, Perintah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengecualian
2021).
Peruntukan seksyen ini telah membenarkan kaedah ‘travel bubble’ kepada lawatan
rasmi negara melibatkan para pemimpin negara dalam keadaan prosedur operasi
standard (SOP) yang amat ketat.
Sesi lawatan rasmi pertama untuk negara ini yang menggunapakai kaedah ‘travel
bubble’ ini adalah lawatan rasmi Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin ke
Indonesia selama 24 jam baru-baru ini.
Walaupun di sisi berbeza ramai yang skeptikal dan mempersoalkan banyak perkara
sepanjang lawatan berkenaan diadakan, namun ramai yang tidak tahu bahawa
sepanjang lawatan rasmi tersebut, kaedah ‘travel bubble’ telah digunakan. Ini adalah
‘pilot project’ untuk kaedah baharu berkenaan.
Sesungguhnya, ia cukup penting kerana ia menjadi peluang besar kepada kaedah
travel bubble’ untuk digunapakai ke peringkat yang lebih meluas selepas ini jika ia
berkesan.
Sudah tentu sekiranya ‘pilot project’ ini berjaya, makai a membuka peluang besar
untuk kita gunakan kepada para pelabur luar negara dan untuk ahli-ahli perniagaan
untuk masuk merancakkan sektor ekonomi di negara ini.
Malah, kaedah ini bukan sahaja terhad kepada sektor ekonomi, sektor yang dinanti-
nantikan iaitu pelancongan turut boleh menggunakan cara ini tidak lama lagi.
Walaupun kita tidak dapat gambarannya lagi, namun ia tidak mustahil akan berlaku.
Kita tidak terfikir untuk lakukan saat ini, tetapi kaedah ‘travel bubble’ oleh
rombongan lawatan rasmi Perdana Menteri ini adalah suatu langkah awal ke arah itu.
Apatah lagi vaksin pun semakin tiba, maka pendekatan ini sudah tentu berbentuk
lebih ke hadapan.
Mudah-mudahan keberanian Dr Adham ini dapat menjadi harapan kepada peniaga,
usahawan pelancongan, pemandu pelancong dan rancangan-rancangan pelaburan
industri dan perkhidmatan dalam neagra kita ini.
Tidak mustahil juga dalam jangka masa yang lebih panjang akan menjadi ikutan
contoh kepada negara lain, walaupun Malaysia bukan negara pertama yang
mencetuskan ‘travel bubble’ ini.
Bagi mereka yang masih samar-samar tentang isu ‘travel bubble’ ini, lihat kembali
proses lawatan rasmi Perdana Menteri ke Indonesia tempoh hari.
ketika Perdana Menteri pergi Indonesia, beliau dan rombongan sebenarnya sedang
berada dalam 'bubble'. Hanya duduk di tempat yang ditetapkan, kapal terbang dan bilik hotel juga tidak bercampur dengan ramai orang. Maksudnya, ia dalam keadaan terkawal dan sentiasa dikawal selama 24 jam sehari.
Seperkara lagi, kita harus fahami bahawa akta yang ditandatangani itu tidak
semestinya terikat sekadar tiga hari kerana ada istilah ‘atau’ di situ. Ini bermakna
menteri ada kuasa untuk panjangkan tempoh kepada lima atau 10 hari lagi terutama
jika dia didapati positif.
Semoga usaha murni dan tekun dari Kementerian Kesihatan Malaysia ini mampu
menurunkan kes virus Covid-19 di Malaysia, dalam masa sama mampu
menggerakkan pentadbiran negara dengan lebih baik.
Ibn Saad
Putrajaya