![MGF031120_TINJAUAN BELANJAWAN 2021 (7) Bursa Malaysia](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2020/11/MGF031120_TINJAUAN-BELANJAWAN-2021-7-1-640x427.jpg)
KUALA LUMPUR – Pasaran Bursa Malaysia (bursa) hari ini hanya dibuka pada sesi pagi sahaja dan tiada dagangan pada sesi petang.
Namun perkhidmatan penjelasan dan penyelesaian yang disediakan oleh Bursa Malaysia Securities Clearing; perkhidmatan simpanan yang disediakan oleh Bursa Malaysia Depository; dan operasi penjelasan dan penyelesaian Bursa Malaysia Derivatives Berhad akan berterusan seperti biasa sehingga akhir hari perniagaan.
Bursa Malaysia dan semua anak syarikatnya akan ditutup pada hari Jumaat, 12 Februari 2021 sempena Tahun Baru Cina. Bursa dan anak syarikatnya akan beroperasi semula pada hari Isnin 15 Februari 2021. – MalaysiaGazette