Home Dunia 7 individu disyaki rancang serangan ditahan di Denmark dan Jerman

7 individu disyaki rancang serangan ditahan di Denmark dan Jerman

Polis Denmark menjalankan siasatan lanjut penahanan 7 orang yang dipercayai merancang keganasan. foto Agensi

COPENHAGEN – Tujuh orang ditangkap di Denmark kerana disyaki cuba membuat bahan letupan dan merancang serangan pengganas, kata polis, Demark dan Jerman selepas operasi bersama.

Mereka yang ditangkap didakwa memperoleh bahan dan komponen untuk membuat bahan letupan dan senjata api.

“Kami percaya bahawa ada individu dengan niat dan kemampuan untuk melakukan serangan pengganas di Denmark,” kata polis Denmark dalam satu kenyataan hari ini.

Enam yang lain ditangkap di Denmark dan seorang di Jerman berkaitan dengan kes yang sama, kata mereka. – MalaysiaGazette