Home Sukan Amri jalani ujian bersama Sabah FC?

Amri jalani ujian bersama Sabah FC?

Amri Yahyah.

KUALA LUMPUR – Bekas ketua pasukan Selangor, Amri Yahyah dilaporkan bakal menjalani ujian bersama Sabah FC sekaligus mencari peluang untuk memperkuatkan pasukan itu bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini.

Selain Amri, seorang lagi pemain iaitu N.Thanabalan juga akan menjalani ujian bersama kelab dari Borneo itu.

Amri meninggalkan pasukan yang membesarkan namanya itu buat kali kedua kerana faktor tidak sehaluan dengan jurulatih ketika itu, B.Satianathan.
Bagaimanapun, Amri tidak mempunyai banyak peluang untuk menampilkan prestasi sebenar setelah saingan liga dipendekkan ekoran pandemik Covid-19 yang melanda dunia.

Sarawak United menamatkan saingan Liga Perdana musim 2020 di tangga ke-10 sekaligus gagal melayakkan diri ke Liga Super musim ini.

Sementara itu, Sabah FC sebelum ini secara rasmi mengumumkan Scott Ollerenshaw sebagai Pengarah Teknikal baharu mereka.

Pengendalinya, Kurniawan Dwi Yulianto juga mengakui berminat dengan bekas penyerang Johor Darul Ta’zim (JDT), Jorge Pereyra Diaz untuk membarisi pasukannya bagi menghadapi saingan Liga Malaysia musim ini. – MalaysiaGazette