KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menemui 14 lagi kluster baharu Covid-19 hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah kluster aktif adalah sebanyak 484 yang mana 83 kluster merekodkan pertambahan kes baharu.
Beliau berkata, 13 daripada kluster tersebut membabitkan tempat kerja manakala satu lagi komuniti.
“Lima kluster ditemui di Johor, masing-masing dua di Perak dan Selangor manakala satu kluster di Kuala Lumpur, Kedah, Melaka, Kelantan dan Perak,” katanya menerusi kenyataan mengenai perkembangan terkini Covid-19 hari ini.
Noor Hisham berkata, kluster-kluster tersebut adalah Kluster Jalan Seelong, Kluster Jalan Perindustrian Elektronik, Kluster Jalan Besar Pontian, Kluster Ladang Pekan, Kluster Perindustrian Pelepas, Kluster Jalan Jelapang, Kluster Jalan Perusahaan Tiga, Kluster Tapak Bina Damar, Kluster Taman Industri, Klsuter Tapak Bina Pantai Dalam, Klsuter Selambau, Kluster Teknologi Berendam, Kluster Pangkal Changgong dan Kluster Kampung Teluk.
Katanya, kluster-kluster dengan pertambahan kes baharu tertinggi hari ini adalah Kluster Jalan Seelong (326 kes), Kluster Tanjung Suria (258 kes), dan Kluster Selambau (136 kes).
Bagaimanapun, Noor Hisham memberitahu, tujuh lagi kluster tamat hari ini iatu Kluster Batu 39, Kluster Palut, Kluster Cergas, Kluster Tapak Bina Damai, Kluster Lingkaran Lintang, Kluster Ladang Matamba dan Kluster Rengit Sentral. – MalaysiaGazette