Home Nasional Covid-19: Lelaki 20 tahun antara 5 kes kematian baharu

Covid-19: Lelaki 20 tahun antara 5 kes kematian baharu

Gambar hiasan

PUTRAJAYA – Seorang lelaki berusia 20 tahun antara lima kes kematian baharu akibat Covid-19 yang dilaporkan di dalam negara hari ini.

Ia sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan kes kematian di dalam negara adalah sebanyak 958 kes, kata Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah.

Menurutnya, lelaki berkenaan adalah antara dua kes yang dilaporkan di Selangor dan masing-masing satu kes di Sabah, Johor dan Terengganu.

Katanya, kesemua mereka merupakan rakyat tempatan.

“Lelaki itu mempunyai penyakit kronik limfoma dan telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh manakala satu lagi kematian di Selangor membabitkan lelaki berusia 56 tahun apabila disahkan positif Covid selepas jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Kematian ke-956 adalah seorang lelaki warga Sabah berusia 32 tahun dan mempunyai penyakit kronik limfoma dan telah meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh manakala satu lagi kematian di Selangor membabitkan lelaki berusia 56 tahun apabila disahkan positif Covid selepas jenazah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.

“Manakala kes ke-957 adalah lelaki warga tempatan dari Johor berusia 68 tahun meninggal dunia akibat Covid-19 di Hospital Eche Besar Hajjah Khalsom Kluang,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Tambah Noor Hisham, kematian ke-958 adalah membabitkan seorang wanita tempatan berusia 60 tahun berasal dari Terengganu meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.

“Pesakit ini mempunyai latar belakang penyakit kencing manis, darah tinggi, Liver Cirrhosis dan primary aldosteronism,” ujar Noor Hisham.- MalaysiaGazette