Home Utama Dua video fitnah babitkan saya, cuba timbulkan kebencian kaum – Ismail Sabri

Dua video fitnah babitkan saya, cuba timbulkan kebencian kaum – Ismail Sabri

Setiausaha Akhbar Menteri Kanan (Keselamatan), Azlina Md Rosdy @ Rozzy menunjukkan laporan polis mengenai penyebaran video lama di media sosial di IPD Dang Wangi, Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 13 FEBRUARI 2021.

KUALA LUMPUR – Penularan dua video pendek memfitnah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kononnya mengingkar Perintah Kawalan Pergerakan berniat jahat dan juga mahu menimbulkan kebencian antara kaum.

Mengelak keadaan bertambah rumit, setiausaha akhbar menteri kanan berkenaan, Azlina Md Rosdy membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi hari ini.

Dalam kenyataan laporan polis yang dibacakan oleh Azlina, Ismail Sabri berkata, kedua-dua video pendek yang ditularkan oleh dua akaun Facebook, Anwar Ibrahim PM Rakyat dan akaun kedua bernama Anina Saadudin.

Katannya, video pendek yang pertama adalah ketika beliau membuat sidang media harian berkaitan Covid-19 pada 14 Februari 2020 dan ia ditularkan kononnya ia adalah sidang media terbaru dan ia seakan bertujuan mengelirukan rakyat kononnya tiada lagi saman dan kompuan akan dikenakan sekiranya melanggar SOP sebaliknya rakyat akan terus dipenjarakan.

“Manakala video kedua yang tular dan diberi tajuk ‘Sendiri buat SOP sendiri langgar’ sebenarnya adalah rakaman di mana saya hadir dalam satu majlis santai bersama penggiat seni tanah air sempena Kempen Tabung Hari Pahlawan pada 15 September 2020,” katanya dalam kenyataan yang sama.

Menurut Ismail Sabri, video tersebut adalah video lama dan kerajaan telah melakukan pelbagai penambahbaikkan dalam pelaksaan SOP.

Ismail Sabri juga dalam laporan sama menegaskan video tersebut dengan sengaja disebarkan kononnya majlis itu adalah sambutan Tahun Baru Cina.

Beliau dalam laporan polis itu ingin menegaskan bahawa majlis tersebut diadakan ketika dalam pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) bukan PKP.

Ujarnya, dalam pelaksanaan PKPP, majlis perkahwinan juga dibenarkan temasuklah majlis-majlis lain maka, tiada pelanggaran SOP yang berlaku.

“Justeru, tujuan saya membuat laporan polis terhadap kedua-dua video ini adalah bagi menghentikan penularan fitnah terhadap saya.

“Implikasi daripada penyebaran video ini boleh menyebabkan timbulnya kemarahan rakyat sekaligus menjejaskan kredibiliti dan kepercayaan rakyat kepada saya.

“Penyebaran video ini ternyata berniat jahat kerana dikatakan video terbaru sewaktu PKP,” katanya seperti dibacakan oleh Azlina.

Ditanya mengenai tindakan lanjut, Azlina berkata, laporan polis dibuat mewakili Ahli Parlimen Bera itu untuk memastikan siasatan dan tindakan polis menyusul ke atas pihak tidak bertanggungjawab yang menyebarkan fitnah yang berniat jahat meracuni rakyat.

Katanya, dia menyedari penularan dua video fitnah itu pada 10 Februari lalu sekitar jam 2.30 petang semasa berada di Pusat Dagangan Dunia di Jalan Tun Ismail apabila akaun Anwar Ibrahim PM Rakyat dan Anina Saadudin memainkan semula video Menteri Kanan Keselamatan menyampaikan sidang media harian Covid19 bertarikh 19 April 2020 itu pada 7 dan 8 Februyari 20201 bertujuan mengelirukan dan menimbulkan kemarahan rakyat terhadap kerajaan berkaitan tiada lagi kompaun dan saman jika pelanggaran SOP.

Menurutnya, butiran kedua-dua akaun Facebook itu yang bertanggungjawab menularkan dua video pendek berkenaan telah serahkan dalam laporan polis tadi untuk tindakan tegas.

“Kita juga telah membuat aduan rasmi kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) semalam untuk tindakan menyekat kedua-dua video fitnah itu.

“Setakat sekarang, video itu tidak terhenti atau dipadamkan malah masih lagi berada dalam kedua-dua akaun Facebook itu dan ditularkan oleh ramai termasuk jadi topik debat dalam WhatsApp.

“Orang yang menularkan video itu juga akan dikenakan tindakan dan kita sedang menguruskan perkara itu,” tegasnya. – MalaysiaGazette

1 Komen

  1. ALLAH YANG MAHA KAYA DAN PENGAMPUN….HAMBANYA YANG MUKMIN BANYAK DOSA TETAPI DENGAN TAUBAT NASUHA AKAN TERHAPUS DOSA DENGAN RAHMATNYA.

    BAGI MANUSIA PULA ….SATU KEJAHATAN YANG DILAKUKAN BOLEH MENGHAPUSKAN SERIBU KEBAIKAN YANG DIBUAT…

    MAKA CARILAH REDHA ALLAH …DENGAN MARAHNYA MANUSIA…..BUKAN CARI REDHA MANUSIA DENGAN MURKANYA ALLAH…..

Comments are closed.