
BERLIN – Dayot Upamecano sah menyertai Juara Bundesliga Jerman, Bayern Munich pada akhir musim ini.
Bintang pertahan muda tersohor dari RP Leipzig itu mengakhiri spekulasi mengenai masa depannya selepas dikiatkan dengan beberapa kelab elit benua Eropah.
Pemain berusia 22 tahun itu dikatakan akan bersama Bayern dengan kontrak selama lima tahun.
Berita itu ternyata mengecewakan dan menghancurkan impian Liverpool untuk mendapatkan khidmat pemain itu bagi menguatkan jentera pertahanannya yang kini tenat selepas pemain utamanya mengalami kecederaan.
Chelsea juga antara kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) yang memburu pemain itu secara habis-habisan untuk menguatkan jentera pertahanannya.
Bagaimanapun, Bayern kini memang rebutan khidmat pemain antarabangsa Perancis itu apabila pengarah sukannya, Hasan Salihamidzic mengesahkan mereka menandatangani pemain itu dengan kontrak selama lima tahun.
“Kita telah mengadakan perbincangan yang positif, profesional bersama Dayot (Upamecano) dan ejen pemain itu, Volker Struth selama berbulan lama.
“Kami sedar akan persaingan sengit daripada beberapa kelab elit Eropah untuk mendapatkan khidmat dia (Upamecano).
“Tapi uniknya kami di sini menunjukkan visi kerjaya pemain itu di FC Bayern, dan di akhir rundingan, pemain itu, agen serta ahli keluarganya berpuas hati bahawa Bayern destinasi tepat kepada anak mereka.
“Upamecano akan bermain menyarung jersi Bayern untuk lima tahun akan datang,” katanya.- MalaysiaGazette