Home Utama Covid-19: 2,464 kes baharu, 7 kematian

Covid-19: 2,464 kes baharu, 7 kematian

Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah Covid-19 cases deaths Malaysia
Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

KUALA LUMPUR – Angka kes positif baharu Covid-19 menurun hari ini dengan 2,464 kes direkodkan dalam tempoh 24 jam sehingga pukul 12 tengah hari.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Hisham Abdullah berkata, berikutan itu jumlah keseluruhan kes Covid-19 meningkat kepada 264,269 kes.

Tambah beliau, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 ialah 49,490 kes dengan 260 kes positif sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU) manakala 111 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Hari ini jumlah kes Covid-19 yang sembuh ialah 4,525 kes menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh sepenuhnya adalah 213,814 kes setakat ini.

“Daripada jumlah kes baharu terdapat tiga kes import yang mendapat jangkitan luar negara manakala penularan Covid-19 dalam negara pula adalah 2,461 ,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham turut memaklumkan sebanyak tujuh kematian dengan jumlah kumulatifnya sebanyak 965 kes. -MalaysiaGazette

+ posts

1 Komen

Comments are closed.