Home Sukan Aubameyang kembali mengganas

Aubameyang kembali mengganas

Pierre-Emerick Aubameyang.

LONDON – Penyerang sensasi Pierre-Emerick Aubameyang meledakkan hatrik pertamanya dalam Liga Perdana Inggeris untuk membantu Arsenal menumpaskan Leeds United 4-2 pagi tadi.

Gunners berjaya mendahului 3-0 pada babak pertama yang merupakan kedudukan kali pertama sejak Februari 2018,

Kemenangan itu tidak merubah kedudukan Arsenal di tangga ke-10 liga, namun mereka merapatkan jurang dengan pasukan tangga keempat, Liverpool kepada enam mata.

Aubameyang sebelum ini tidak memulakan permainan hampir sebulan selepas dikuarantin kerana melawat ibunya yang sakit di luar negara.

“Hatrik ini amat bermakna buat saya. Ia tempoh masa yang sukar buat saya. Ramai yang sayang saya, ibu saya dan keluarga. Saya perlu mengucapkan terima kasih kepada semua orang di kelab, selain penyokong,” kata Aubameyang.

Kapten Arsenal itu sebelum ini hanya meledak lima gol liga sepanjang musim dalam saingan yang mengecewakan buat Gunners.

Gol pertama Aubameyang hadir pada minit ke-13 mengatasi penjaga gol Perancis, Illan Meslier.

Dia kemudian menyempurnakan penalti selepas Bukayo Saka dijatuhkan manakala Hector Bellerin menewaskan Meslier bagi menjadikan kedudukan 3-0 sebelum tamat babak pertama.

Dua minit memasuki separuh masa kedua, Aubameyang melengkapkan hatrik dengan menanduk bola hantaran Emile Smith Rowe. – MalaysiaGazette