Home Sukan Kita tidak akan membiarkan Man City menguasai EPL – Solskjaer

Kita tidak akan membiarkan Man City menguasai EPL – Solskjaer

Solskjaer menegaskan pasukannya masih dalam saingan merebut gelaran EPL walaupun telah keciciran mata dalam aksi menentang WEst Brom malam tadi.

LONDON – Manchester United akan memberikan persaingan sengit sehingga saat akhir kepada Manchester City dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) musim ini.

Pengurusnya, Ole Gunnar Solskjaer berkata, mereka tidak akan menyerah kalah dengan mudah dalam perebutan piala musim ini.

Reaksi itu hadir selepas the Red Devils terikat seri 1-1 kepada West Bromwich Albions dan menduduki tangga kedua dalam carta liga.

Namun mereka mereka ketinggalan jauh tujuh mata di belakang kelab jiran itu.

Skuad kendalian Pep Guardiola menang 15 perlawanan berturut-turut kali ini.

“Kami perlu memberikan tekanan kuat kepada Man City. Justeru kami masih berada dalam siangan gelaran liga walaupun keciciran mata penting sekali lagi.

“Kita kena membina momentum semula dan menang setiap perlawanan dan begitu juga dengan Leicester City,” katanya.

Kapten pasukan Harry Maguire menegaskan mereka akan berjuang habis-habisan dan tidak akan menyerah kalah sesekali dalam perebutan kali ini.

Namun nasib tidak menyebelahi penyerang pasukan Anthony Martial apabila dia dikritik teruk akibat aksi buruk dalam perlawanan malam tadi.

Penyerang antarabangsa Perancis itu menerima ugutan secara rasis daripada penyokong di media sosial.

United jatuh di belakang seawal minit ke-83 apabila West Brom membuka gol awal akibat kelemahan bek pertahanan Man United.

Namun Bruno Fernandez berjaya mengikat kedudukan 1-1 sebelum wisel penamat separuh masa pertama.- MalaysiaGazette