Home Sukan Lampard bertuah masih dibayar gaji selepas dipecat

Lampard bertuah masih dibayar gaji selepas dipecat

Frank Lampard. Foto Daily Star

LONDON – Frank Lampard menjadi bekas pengurus bola sepak yang paling bertuah ketika ini kerana dia masih menikmati gaji lumayan 1.8 juta pound (RM10.1 juta) daripada Chelsea biar pun sudah dipecat bulan lalu.

Sebelum ini, Blues tidak membayar baki kontrak Lampard selepas mereka menukar polisi ekoran terpaksa membayar pampasan tinggi ketika melepaskan Jose Mourinho.

Bagaimanapun Lampard masih menikmati gaji 75,000 pound (RM420,000) seminggu dan akan terus menerima gaji sehingga Julai kecuali jika dia mendapat kerja  lain.

Bekas bintang Chelsea itu gembira dengan situasi tersebut selepas melalui musim yang sukar.

Lampard enggan terburu-buru mencari pasukan baharu, sebaliknya mahu menikmati masa terluang bersama keluarga apatah musim ini bakal berakhir tidak lama lagi.

Jika dia mendapat kerja di tempat lain  musim ini, Chelsea akan menghentikan pembayaran gajinya.

Lampard digantikan oleh bekas pengurus Paris Saint-Germain (PSG), Thomas Tuchel. – MalaysiaGazette