Home Dunia Korea Utara cuba curi teknologi vaksin, rawatan Covid-19

Korea Utara cuba curi teknologi vaksin, rawatan Covid-19

Gambar Hiasan

SEOUL – Korea Utara cuba menggodam sistem komputer pembuat ubat Korea Selatan bagi mendapatkan maklumat berkaitan vaksin dan rawatan Covid-19, kata agensi perisikan kepada Ahli Perlimen Negara itu.

Pada sesi tertutup Parlimen, Perkhidmatan Perisikan Nasional (NIS) melaporkan purata harian serangan siber di Korea Selatan meningkat 32 peratus tahun ke tahun kepada kira-kira 1.58 juta kes, kebanyakannya tidak berjaya dilakukan, kata wakil pembangkang dari People Power Party, Ha Tae-keung kepada pemberita selepas sesi itu.

NIS baerkata, Korea Utara juga telah mengenakan tindakan keras ke atas perlakuan anti-sosialis, mengenakan hukuman keras iaitu  hukuman mati, terhadap pengedaran bahan-bahan video dari Korea Selatan, menurut Ahli Parlimen itu seperti dipetik agensi berita, Yonhap.

Sesiapa yang ditangkap menonton video Korea Selatan dihukum penjara sehingga 15 tahun, kata NIS.

“Secara mudah, ia adalah hukuman untuk ‘Gelombang Korea’,” kata Ha. – MalaysiaGazette

+ posts