Home Nasional Lelaki mati akibat hidu asap arang dalam kereta

Lelaki mati akibat hidu asap arang dalam kereta

Polis menemui mayat seorang lelaki disyaki mati lemas akibat kepulan asap membakar arang dalam kereta Proton Saga berhampiran sebuah Pangsapuri di Sri Petaling pagi semalam.

KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati di dalam kereta di jalan berhampiran Pangsapuri Sri Endah, Sri Petaling di sini semalam.

Timbalan Ketua Polis Daerah Brickfields, Superintendan Basri Sagoni berkata, kejadian dilaporan oleh orang awam sekitar pukul pagi semalam.

Mangsa seorang lelaki warga tempatan berusia sekitar lewat 20-an.

“Hasil pemeriksaan, polis mendapati mangsa berada di bahagian kerusi pemandu kereta yang dipercayai miliknya dan polisĀ  menjumpai sebuah pasu yang mengandungi arang dan fire starter di ruangan kerusi penumpang hadapan kereta tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Basri, hasil siasatan awal, mangsa disyaki membakar arang di dalam kereta tersebut.

“Perbuatan itu menyebabkan menyebabkan mangsa mati lemas akibat kepulan asap ekoran pembakaran arang dalam kereta.

“Ambulans dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia dan pihak bomba datang di lokasi kejadian bagi membantu siasatan,” ujar beliau.

Bagaimanapun, polis mendapati tiada sebarang unsur jenayah dalam kejadian tersebut.

Menurutnya, kes diklasifikasikan sebagai kes kematian mengejut (SDR).

“Mayat mangsa telah dibawa ke HUKM untuk proses bedah siasat. Orang ramai dinasihatkan supaya tidak melakukan sesuatu yang
memudaratkan diri sendiri,” ujarnya.

Sebarang pertanyaan atau maklumat boleh disalurkan ke Hotline Polis Brickfields di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. -MalaysiaGazette