Home Nasional Akibat PKP jenazah terpaksa diusung lalu pagar batu

Akibat PKP jenazah terpaksa diusung lalu pagar batu

Urusan pengebumian jenazah jadi masalah gara-gara protokol Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Sungai Choh hari ini.-Gambar FB Mat Nadzari.

KUALA LUMPUR – Urusan pengebumian jenazah jadi masalah gara-gara protokol Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Itu yang berlaku akibat penutupan Jalan Persekutuan sempadan antara Gombak dan Hulu Selangor berhampiran pekan Serendah hari ini.

Akibat halangan pagar batu dan kawat, penduduk terpaksa mengeluarkan jenazah dari van dan mengangkatnya beramai-ramai sebelum menaiki van jenazah lain untuk urusan pengebumian.

Perkara itu turut mendapat respon daripada bekas Ahli Dewan Undangan Batang Kali, Datuk Mat Nadzari Ahmad Dahlan.

“Masalah orang meninggal di Sungai Choh – baru kebumi. Apalah payah nak selesaikan masalah fardu kifayah ini.

“Protokol dgn kerja hari kiamat kena sejajar. Yang berwajib tolong guna kebijaksanaan bukan totok dgn undang-undang manusia sahaja. Buatlah reserve lane ke sebagai contoh,” ulasnya dalam Facebooknya hari ini.

Gara-gara gambar itu, ia mendapat kritikan daripada netizen supaya pihak berkuasa memudahkan urusan berkaitan kematian walaupun Selangor dan Lembah Klang sekarang menjalani PKP.- MalaysiaGazette

1 Komen

  1. bodohnya…dah mcm robot tak boleh pakai otak…kedai judi boleh plak ko buka…nak uruskan jenazah pun ko tak boleh guna pertimbangan kah??

Comments are closed.