![gaza](https://staging.malaysiagazette.com/wp-content/uploads/2021/02/gaza-1.jpg)
RAMALLAH – Pihak berkuasa Palestin cuba menghantar 2,000 dos vaksin keluaran Rusia, Sputnik V dari Tebing Barat ke Gaza namun telah dihalang oleh tentera Israel semalam.
Jurucakap kerajaan Palestin, Ibrahim Milhem dalam taklimat media berkata, tindakan Israel menghalang kemasukan vaksin ke Gaza melanggar undang-undang antarabangsa dan kemanusiaan.
“Saya menggesa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) supaya mengutuk tindakan Israel dan segera menekan Israel untuk membenarkan penghantaran vaksin ke Semenanjung Gaza,” katanya dalam kenyataan Agensi Berita Xinhua.
Menurut laporan, tentera Israel memaklumkan program vaksinasi tidak dibenarkan di Semenanjung Gaza.
“Bekalan dos yang dihantar oleh juga masih dalam pemeriksaan dan surat kebenaran masih belum dikeluarkan,” katanya.
Namun, pihak berkuasa Palestin menjelaskan pihaknya telah membuat permohonan untuk menghantar dos vaksin ke Gaza dalam tempoh terdekat selepas 10,000 dos vaksin Sputnik V tiba di Tebing Barat pada 4 Februari lalu.
Halangan tersebut telah menjadi cabaran untuk memastikan semua penduduk Palestin di Tebing Barat dan Semenanjung Gaza menerima suntikan vaksin Covid-19. – MalaysiaGazette