YANGON – Kes terhadap Presiden Myanmar, U Win Myint dan penasihatnya, Aung San Suu Kyi yang yang kini dalam tahanan akan dijalankan mengikut proses undang-undang.
Jurucakap tentera, Zaw Min Tun berkata, terdapat beberapa urusan yang perlu ditangani dalam proses itu.
“Oleh itu, kami tidak akan melakukan perkara yang melampaui undang-undang malah kedua-dua mereka juga kini berada di lokasi selamat dan dalam keadaan sihat,” katanya dipetik dari agensi berita.
Menurut Aung San Suu Kyi, Khin Maung Zaw pula, perbicaraan mahkamah maya pertama Win Myint dan Suu Kyi yang direman dalam tahanan telah diadakan semalam.
“Anak guam saya berdepan dengan tuduhan kedua iaitu mencabuli undang-undang pengurusan bencana negara.
“Suu Kyi dituduh mengikut Seksyen 8 Undang-undang Eksport dan Import serta Seksyen 25 Undang-undang Pengurusan Bencana Alam,” katanya.
Tidak dapat dipastikan bagaimana undang-undang bencana itu dituduh terhadap Suu Kyi tetapi ia pernah digunakan terhadap Presiden Win Myint yang juga ditahan pada 1 Februari lalu susulan kempen yang menuduh pencabulan terhadap larangan berkaitan Covid-19.
Khin Maung Zaw berkata, Suu Kyi dan Win Myint masih belum ditemui tetapi dijangka akan muncul dalam satu sidang video pada perbicaraan 1 Mac depan.
Keadaan darurat selama satu tahun telah diisytiharkan di Myanmar setelah Win Myint, Suu Kyi serta bersama dengan pegawai lain dari Liga Nasional untuk Demokrasi (NLD) ditahan oleh tentera pada 1 Februari lalu.
Pihak tentera mendakwa rampasan kuasa itu berikutan penipuan undian dalam pilihan raya yang dimenangi parti Suu Kyi.
Bagaimanpun, Suruhanjaya Pilihan Raya Kesatuan Myanmar menolak tuduhan itu. -MalaysiaGazette