Home Politik Tinagaran tiada wang tunai jutaan ringgit – Farhash

Tinagaran tiada wang tunai jutaan ringgit – Farhash

Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak

KUALA LUMPUR – Pengerusi PKR Perak, Farhash Wafa Salvador Rizal Mubarak menafikan laporan media yang mendakwa timbalan pengerusinya, MA Tinagaran ditahan ekoran memiliki wang tunai berjumlah jutaan ringgit.

Tinagaran ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) semalam selepas hadir di pejabat SPRM Perak untuk siasatan.

“Tiada aset atau wang tunai berjumlah berjuta ringgit yang telah dirampas milik Tinagaran. Sebaliknya wang sejumlah RM17, 000 dalam denominasi kecil telah diambil untuk siasatan.

“Kereta yang disita bukanlah miliknya tetapi oleh seorang kenalan yang menumpang tempat,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Dalam pada itu, Farhash berharap siasatan telus tanpa sebarang campur tangan ke atas Tinagaran.

“Saya telah dimaklumkan bahawa Tinagaran dipanggil oleh SPRM untuk membantu siasatan hari ini. Diharap siasatan akan dijalankan secara telus dan semoga proses perundangan berjalan secara lancar tanpa sebarang campur tangan,” katanya.

Semalam, sebuah porta berita membuat laporan yang mendakwa SPRM telah merampas sejumlah RM1.2 juta milik Tinagaran yang juga pegawai tugas-tugas khas kepada bekas Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Xavier Jayakumar.

Laporan itu juga mendakwa, kereta mewah yang dirampas adalah kereta yang digunakan Xavier sebagai kereta rasminya semasa menjadi menteri. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Timbalan Pengerusi PKR Perak dipanggil SPRM bantu siasatan

1 Komen

  1. Farhash Wafa Salvador ..dalam PKR memang ada kes rasuah tetapi depa cover line supaya rakyat tidak tahu tetapi hakikatnya.Kalau duit berjuta-juta mesti mata jadi kelabu..
    Farhash Wafa Salvador masih nak cover juga …kalau dah kaki songlap tetap songlap juga.

Comments are closed.