Home Dunia 3 lelaki Korea Utara didakwa curi sebanyak AS$1.3 bilion

3 lelaki Korea Utara didakwa curi sebanyak AS$1.3 bilion

Dari kiri: Kim Il, Park Jin Hyok, and Jon Chang Hyok. foto Agensi

NEW YORK – Tiga warga Korea Utara Meredidakwa di Amerika Syarikat (AS) kerana mencuri dan melakukan peras ugut membabitkan wang berjumlah lebih daripada AS$1.3 bilion daripada bank dan perniagaan di seluruh dunia.

Ketiga-tiga mereka yang tidak ditahan, juga dituduh menggunakan program matawang kripto.

Mereka juga dituduh terlibat dalam serangan siber Wannacry pada tahun 2017, yang melumpuhkan sistem komputer perkhidmatan kesihatan United Kingdom (UK) pada skala nasional.

Ketika mengemukakan pertuduhan itu, Penolong Peguam Negara untuk Keselamatan Negara, John Demers, menyatakan Korea Utara “telah menjadi sindiket jenayah”.

Salah seorang defendan, Park Jin Hyok, pernah didakwa dua tahun lalu kerana  melakukan penggodaman Sony Entertainment Pictures pada tahun 2014.

Park, Jon Chang Hyok dan Kim Il dituduh melakukan konspirasi jenayah, konspirasi untuk melakukan penipuan siber dan bank.

Jabatan Kehakiman mengatakan para defendan bekerja untuk Biro Pengintipan Umum, agensi perisikan tentera Korea Utara.

“Korea Utara giat menggunakan papan kekunci dan bukannya senjata api, mencuri dompet digital mata wang kripto dan bukannya wang tunai, adalah perompak bank terkemuka di dunia,” kata Demers.

Kesemua mereka dipercayai berada di Korea Utara.

Pyongyang tidak melakukan ekstradisi warganegaranya untuk berdepan dengan pertuduhan di AS. – MalaysiaGazette