SHAH ALAM – Polis menahan seorang individu disyaki pemilik asal aplikasi Sugarbook yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini membabitkan pelajar universiti tempatan di negara ini.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Selangor, Senior Asisten Komisioner Datuk Fadzil Ahmat mengesahkan penahanan itu dalam kenyataan awal pagi tadi.
Katanya suspek merupakan seorang warga tempatan berusia 34 tahun.
“Pada 17 Februari 2021 (semalam) Jabatan JSJ IPK Selangor dan JSJ IPD Shah Alam telah menahan seorang lelaki Cina di pekarangan Icon Residens Kuala Lumpur.
“Suspek ditahan sekitar jam 4.30 petang dan berusia 34 tahun serta beralamat di Minden Hieght Gelugor Pulau Pinang.
“Daripada siasatan awal saspek mengaku sebagai pengasas bg aplikasi Sugarbook,” kata beliau.
Menurut beliau, suspek dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam pagi ini untuk perintah reman bagi memulakan siasatan.- MalaysiaGazette