Home Nasional Keputusan sela menyela buka sekolah susahkan pelajar, ibubapa, guru – Mohamad

Keputusan sela menyela buka sekolah susahkan pelajar, ibubapa, guru – Mohamad

Pelajar hadir selepas dibenarkan bersekolah dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) pada Program 1st Day School PKPP di Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 7, Shah Alam. foto AFIQ RAZALI, 24 JUN 2020
KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) perlu menghenti membuat keputusan membuka dan menutup sekolah secara sela menyela (flip flop) kerana ia menyusahkan pelajar, ibubapa dan guru.
Timbalan Presiden UMNO, Datuk Seri Mohamad Hasan berkata, ini kerana kebanyakan ibubapa telah bergolok bergadai untuk membelikan pelbagai peranti digital bagi pembelajaran secara online.
“Semua ini sangat membebankan kepada mereka yang berpendapatan rendah dan mempunyai keluarga yang besar.
“Kerajaan pula baru sahaja melancarkan DidikTV bagi maksud menjayakan mod pengajaran dan pembelajaran di rumah.
“Semua ini menghantar isyarat yang sangat mengelirukan tentang kemana halatuju sebenar mod pendidikan digital KPM, ” katanya.
Semalam, Datuk Radzi Jidin memaklumkan sesi persekolahan bagi murid prasekolah, Tahun Satu dan Dua akan bermula 1 Mac ini manakala murid Tahun Tiga hingga Tahun Enam dibenarkan hadir ke sekolah pada 8 Mac ini.
Bagi pelajar sekolah menengah kategori kumpulan A iaitu di Johor, Kelantan, Terengganu dan Kedah pula akan bermula pada 4 April diikuti 5 April membabitkan kumpulan B bagi negeri lain.

Selain itu, kolej vokasional bagi Sijil dan Diploma Vokasional Malaysia Tahun 1 (Semester dua) juga dibenarkan beroperasi pada 1 Mac manakala sekolah antarabangsa serta pusat tuisyen bermula 8 Mac.

Menurut Mohamad, KPM wajar memperkasakan pembelajaran digital sementara negara pulih sepenuhnya dari wabak covic19 ini.
Tambah beliau, adalah penting kerajaan mengambil kira segala kemungkinan dan kemampuan negara menanggani penularan Covid-19 sebelum membuat keputusan membuka semula sekolah.
Katanya, pendidikan adalah urusan penting yang tidak boleh terhenti dan ia menjadi kucar kacir dengan keputusan secara sela menyela sebegini. – MalaysiaGazette