Home Nasional Pekerja kilang mogok ‘dikurung’ akibat Covid-19

Pekerja kilang mogok ‘dikurung’ akibat Covid-19

Sebahagian warga asing mogok di Batu Maung hari ini susulan majikan tidak benarkan keluar dengan alasan bendung penularan Covid-19.

BATU MAUNG – Kira-kira 150 warga asing mogok apabila mereka tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama selain ke kilang.

Kejadian itu dilaporkan berlaku pada jam 6.45 petang tadi di kawasan asrama warga asing di Batu Maung.

Pekerja kilang warga asing mogok dakwa ‘dikurung’ akibat Covid-19.

MalaysiaGazette difahamkan asrama itu menempatkan pekerja warga asing dari tiga buah kilang sekitar Bayan Lepas.

Difahamkan, kesemua pekerja itu tidak dibenarkan keluar sejak empat bulan lalu dengan alasan menangani penularan wabak Covid-19.

Selain itu, pekerja asing berkenaan juga tidak dibenarkan keluar dari kawasan asrama bagi membeli makanan,minuman serta keperluan harian.

Segala pembelian perlu menerusi online bagi penghantaran terus ke kawasan asrama.

Mogok yang berlangsung selama 15 minit itu menunjukkan pekerja asing itu keluar dari unit kediaman masing-masing sebelum melaungkan ayat ‘bebaskan’.

Kehadiran wakil majikan serta pengurusan beberapa kilang akhirnya meredakan keadaan.

Tiada sebarang kejadian tidak diingini dilaporkan.- MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Ini semua salahkan majikan kilang serta agensi pekerja asing yg tahu kaut keuntungan atas perdagangan manusia.
    Kerajaan kena bertindak dan hantar pekerja asing balik ke negara masing2..Ini dapat mengawal penularan..
    Ini kilang mana?

Comments are closed.