Home Dunia Pesawat pejuang terhempas, dua maut

Pesawat pejuang terhempas, dua maut

Anggota pasukan keselamatan tiba di kawasan pesawat pejuang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Serantau Montgomery, Alabama, Amerika Syarikat.

MONTGOMERY, Amerika Syarikat – Dua orang disahkan meninggal dunia selepas sebuah pesawat pejuang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Serantau Montgomery di Alabama, menurut Pengarah Eksekutif lapangan terbang itu, Marshall Taggart Jr.

Taggart memberitahu rangkaian berita WSFA 12 News bahawa pesawat itu tidak merempuh rumah yang berada di kawasan kejadian tersebut.

Tambah beliau, jet pejuang itu dalam penerbangan dari Columbus, Mississippi ke Tallahassee, Florida dan anggota tentera dilihat telah tiba di lokasi kemalangan.

Dipercayai pesawat latihan T-38 terlibat dalam insiden itu.

Sementara itu, Alabama News Network melaporkan lapangan terbang itu menerima panggilan kecemasan pada jam 5 petang waktu tempatan.

Jet itu terhempas di kawasan hutan berhampiran Lebuh Raya 80 pada jam 5.17 petang. – MalaysiaGazette