Home Pendapat Usah pertikai usaha PDRM jaga keselamatan masyarakat

Usah pertikai usaha PDRM jaga keselamatan masyarakat

safieyillias94 Instagram Live IG Live Safiey Illias children sexual grooming Neelofa raya MCO 3.0 SOP TTDI Taman Tun Dr Ismail family Covid-19 vaccine The Kuala Muda District Police Chief said that the nurse who had received Covid-19 vaccination on 12 March died of heart attack yesterday
Foto hiasan

PERTAMA sekali, saya mewakili seluruh Kelab Gemilang ingin menyampaikan penghargaan kami kepada semua anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) yang sanggup bergadai tenaga dan nyawa demi memastikan ketenteraman dan keamanan komuniti-komuniti di seluruh Malaysia sentiasa terjamin. Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepada anggota PDRM dari Jabatan Siasatan Jenayah Johor Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Johor dan Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Batu Pahat diatas kejayaan menumpaskan sekumpulan penjenayah di Jalan Parit Sulong-Pagoh di sini pada Jumaat yang lalu (12 Februari 2020).

Namun, kami berasa amat dukacita dengan tindakan sebuah badan NGO yang mempersoal usaha anggota PDRM yang telah menumpaskan penjenayah tersebut.  NGO tersebut telah mempertikaikan anggota PDRM yang terlibat kerana telah menembak mati empat orang penjenayah berbahaya yang bersenjatakan sepucuk pistol jenis revolver, dua bilah parang dan satu kerambit. Menurut laporan, semasa insiden tersebut pihak polis telah mencuba untuk menahan kenderaan yang dipandu suspek dalam keadaan yang mencurigakan.

Kemudian, salah seorang suspek telah mengeluarkan pistol dan melepaskan tembakan ke arah polis. Selepas itu, seorang lagi suspek telah menyerang dan menikam seorang anggota polis menggunakan parang dan pisau kerambit. Ini menyebabkan anggota polis tersebut mengalami kecerderaan di tangan. Semasa pergelutan tersebut, pihak polis terpaksa melepaskan tembakan terhadap semua penjenayah bagi mempertahankan diri mereka.

Menurut NGO tersebut, pihak polis sepatutnya mengikut SOP PDRM seperti dinyatakan dalam PTKPN D222 iaitu polis seharusnya menembak penjenayah tersebut di kaki untuk menumpaskan penjenayah. Namun, kami ingin mengingatkan kepada mereka bahawa pada ketika itu anggota polis berdepan dengan saat getir yang melibatkan keselamatan nyawa mereka sendiri. Di saat itu mereka diserang oleh para penjenayah yang berniat mencederakan mereka, adakah pihak polis mempunyai masa dan kesempatan bagi untuk memikir berhubung SOP serta memilih bahagian anggota badan mana yang perlu ditembak untuk menumpaskan penjenayah tersebut?

Sudah tentunya tidak, kerana pada masa getir tersebut setiap saat bermakna. Jika pihak polis tidak menumpaskan penjenayah tersebut secepat mungkin, tidak mustahil nyawa anggota polis yang akan melayang dan penjenayah tersebut berkemungkinan besar terlepas lalu terus membahayakan komuniti setempat. Cuba bayangkan jika anda berada di posisi anggota polis tersebut, anda dan anggota lain diserang oleh penjenayah. Salah seorang rakan anda telah cedera dan penjenayah-penjenayah tersebut masih lagi bertindak agresif untuk melepaskan diri mereka. Pada situasi getir itu, apakah pilihan yang anda selaku anggota polis ada melainkan untuk menumpaskan penjenayah tersebut dengan apa cara sekalipun?

Kesimpulannya, kami berpendapat bahawa tiada pihak seharusnya memilih untuk ‘membela’ penjenayah yang jelas cuba untuk menghalang serta membahayakan nyawa anggota polis yang menjalankan tugasan mereka. Sebaliknya, kita perlu menyokong usaha polis yang menggadai nyawa demi menumpaskan penjenayah yang selama ini membahayakan nyawa masyarakat setempat. Malah kita ingin mengajak masyarakat untuk memberi bekerjasama dan membantu pihak PDRM untuk membanteras jenayah di tanah air kita.

Muhammad Haziq Mohd Nor Hishamudin
Pengarah Pertahanan Kelab Gemilang