Home Dunia Petugas media antara dua maut dalam protes di Myanmar

Petugas media antara dua maut dalam protes di Myanmar

Petugas media antara dua yang maut dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan junta tentera di Myanmar.-pix VOA Asia.

YANGON- Petugas media antara dua yang maut dalam pertempuran antara penunjuk perasaan dan junta tentera di Myanmar.

Lapor agensi berita AP, mangsa, Lin Khaing, penolong pengarang Voice of Myanmar meninggal dunia akibat ditembak di kepala.

Dalam pada itu, puluhan lagi penunjuk perasaan cedera dalam pertempuran yang sama.

Pasukan junta tentera didakwa menggunakan peluru hidup, meriam air dan gas pemedih mata untuk menyuraikan tunjuk perasaan di bandar Mandalay.

Kira-kira 500 anggota polis dan tentera dikerah selepas protes semakin besar dan penunjuk perasaan mengancam akan terus mogok selagi junta tidak mengembalikan pentadbiran awam.