KUALA LUMPUR – Seramai 20,000 pemandu teksi dan kereta sewa telah menerima bayaran one-off sebanyak RM500 daripada Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (Permai) hari ini.
Bantuan ini diberikan kepada 110,000 orang pemandu teksi, bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing sepenuh masa bagi meringankan beban mereka.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz berkata, bantuan tersebut yang telah dikreditkan ke dalam akaun pemandu-pemandu yang terlibat, manakala baki seramai 15,000 lagi akan menerima bantuan tersebut secara berperingkat selewat-lewatnya pada 15 Mac 2021.
Bantuan RM500: Pemandu teksi, bas boleh mohon kepada APAD
Baki 75,000 penerima termasuk pemandu e-hailing, bas sekolah dan bas persiaran akan mula menerima bantuan tersebut secara berperingkat mulai 26 Februari 2021.
Menurutnya, kerajaan berharap agar bantuan ini akan membantu golongan tersebut sementara Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) dilaksanakan.
PICK tentunya melambangkan titik permulaan bagi pemulihan sektor pelancongan dan sektorsektor lain yang amat terkesan oleh pandemik Covid-19, ujar beliau. – MalaysiaGazette